Showing posts with label perkhidmatan. Show all posts
Showing posts with label perkhidmatan. Show all posts

Tuesday, July 19, 2016

Motivasi

2 Kunci Kejayaan : Tekun Dan Fokus

Kejayaan adalah tujuan setiap orang di dunia ini.
Sudah banyak orang yang memberikan nasihat-nasihat untuk meraih kejayaan dalam pelbagai bidang, ribuan buku telah diterbitkan dan banyak seminar tentang bagaiman mencapai kejayaan telah diadakan.
Kami juga ingin berkongsi tips yang mudah untuk berjaya dalam apa-apa jua bidang pun. Sebenarnya ada 2 tips yang apabila kita berpegang teguh pada 2 prinsip ini, maka kejayaan akan dapat dicapai, iaitu Tekun dan Fokus.

1. Mencapai Kejayaan dengan: Tekun

Ketekunan sinonim dengan sabar, gigih, pantang menyerah, dan istiqamah. Jika kita lihat tokoh-tokoh hebat yang terkenal, mereka mencapai kejayaan oleh kerana ketekunan mereka yang tinggi.
Thomas Edison, berjaya mencipta mentol setelah melakukan percubaan sehingga ribuan kali
Tekun juga bererti konsisten atau istiqamah.
Jika seseorang itu tekun belajar, maka itu ertinya orang tersebut belajar dengan rajin tanpa kenal lelah dan konsisten belajar setiap hari.
Dengan ketekunan yang dimiliki, segala macam rintangan dan kemalasan pada diri kita akan tunduk kepadanya. Ketekunan itu adalah jiwa kegigihan dan pantang menyerah untuk terus belajar dan berusaha.
Bukan orang bijak yang akan berjaya, tetapi orang yang tekun lah yang akan berjaya. Jika hanya orang bijak sudah pasti akan berjaya, maka itu adalah tidak adil. Kebijaksanaan adalah anugerah sedangkan tekun adalah usaha.
"Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang".

2. Mencapai Kejayaan dengan: Fokus

Tiada tokoh hebat yang terkenal kerana mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang atau multiple-intelligent. Biasanya orang yang berjaya adalah mereka yang fokus pada bidangnya masing-masing.
Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dikenali kerana berjaya membina empayar perniagaanya. Prof. B.J. Habibie adalah tokoh yang terkenal berjaya dalam industri aeronautics. Steve Jobs tokoh terkenal berjaya dibidang teknologi komputer.
Bahkan, Sultan Muhammad Al Fatih, penakluk yang berjaya menawan Kota Konstantinopel adalah seorang yang fokus dalam masalah peperangan. Sejak kecil sudah diceritakan oleh ayahnya tentang perang yang dihadapi oleh pasukan muslim melawan kafir.

Banyak yang belum kita ketahui mengenai kekuatan disebalik fokus itu sendiri. Semakin kita fokus pada satu hal,  semakin ia akan memudahkan kita dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan.
Bila kita memusatkan fokus, maka pelbagai informasi yang berhubungan dengan impian kita akan mudah masuk ke dalam fikiran kita. Dan sebaliknya jika kita tidak fokus, pikiran kita akan mudah dipesongkan oleh perkara-perkara yang tidak sesuai dengan target kita.

Homestay / Rumah Rehat

AL-Haq Homestay




Sebuah rumah Semi-D, berhawa dingin (Aircond) di bilik utama (master room).
Terdapat 4 bilik tidur 2 bilik Air.
Terletak berdekatan dengan Pusat Bandar Bagan Serai, kedai makan,
stesen minyak, Kemudahan bank & sebagainya..
Ruang Tamu:
-Dilengkapi dengan TV, Set sofa dan kipas angin syiling.
-Bilik Utama: Berhawa dingin dan dilengkapi set katil kelamin, almari pakaian 2 pintu, kipas angin syiling, seterika & iron board, selimut, sejadah dan rak tuala.
-Bilik Kedua, ketiga, keempat: dilengkapi set katil, almari pakaian, kipas angin syiling, selimut, sejadah dan rak tuala.
Dapur:
-Dilengkapi kipas angin syiling, set meja makan , set
memasak dapur gas, peti sejuk, jug kettle, set pinggan
mangkuk, periuk, kuali, dll.
Kadar Sewa: RM230/ Hari
RM200 (utk 3 hari)
Keterangan lanjut @ tempahan : 0133939787 – Ayie / 0124321913 – Wan

Wednesday, May 22, 2013

Iklan Percuma


Iklanlink.com adalah sebuah forum yang menyediakan portal iklan percuma dan juga menyediakan perkhidmatan mereka bentuk laman web, blog dan juga pengiklanan seperti (banner, bunting,poster,flyers,brochure dan lain-lain)

Jika anda berminat dengan perkhidmatan yang Iklanlink.Com  sediakan sila hubungi  011-18814862 (Larz Salaz) / 019-5116932 atau hantarkan email ke iklanlinkfree@gmail.com untuk keterangan lanjut dan juga perbincangan tentang harga.