Showing posts with label Perdagangan. Show all posts
Showing posts with label Perdagangan. Show all posts

Tuesday, July 19, 2016

Motivasi

2 Kunci Kejayaan : Tekun Dan Fokus

Kejayaan adalah tujuan setiap orang di dunia ini.
Sudah banyak orang yang memberikan nasihat-nasihat untuk meraih kejayaan dalam pelbagai bidang, ribuan buku telah diterbitkan dan banyak seminar tentang bagaiman mencapai kejayaan telah diadakan.
Kami juga ingin berkongsi tips yang mudah untuk berjaya dalam apa-apa jua bidang pun. Sebenarnya ada 2 tips yang apabila kita berpegang teguh pada 2 prinsip ini, maka kejayaan akan dapat dicapai, iaitu Tekun dan Fokus.

1. Mencapai Kejayaan dengan: Tekun

Ketekunan sinonim dengan sabar, gigih, pantang menyerah, dan istiqamah. Jika kita lihat tokoh-tokoh hebat yang terkenal, mereka mencapai kejayaan oleh kerana ketekunan mereka yang tinggi.
Thomas Edison, berjaya mencipta mentol setelah melakukan percubaan sehingga ribuan kali
Tekun juga bererti konsisten atau istiqamah.
Jika seseorang itu tekun belajar, maka itu ertinya orang tersebut belajar dengan rajin tanpa kenal lelah dan konsisten belajar setiap hari.
Dengan ketekunan yang dimiliki, segala macam rintangan dan kemalasan pada diri kita akan tunduk kepadanya. Ketekunan itu adalah jiwa kegigihan dan pantang menyerah untuk terus belajar dan berusaha.
Bukan orang bijak yang akan berjaya, tetapi orang yang tekun lah yang akan berjaya. Jika hanya orang bijak sudah pasti akan berjaya, maka itu adalah tidak adil. Kebijaksanaan adalah anugerah sedangkan tekun adalah usaha.
"Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang".

2. Mencapai Kejayaan dengan: Fokus

Tiada tokoh hebat yang terkenal kerana mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang atau multiple-intelligent. Biasanya orang yang berjaya adalah mereka yang fokus pada bidangnya masing-masing.
Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dikenali kerana berjaya membina empayar perniagaanya. Prof. B.J. Habibie adalah tokoh yang terkenal berjaya dalam industri aeronautics. Steve Jobs tokoh terkenal berjaya dibidang teknologi komputer.
Bahkan, Sultan Muhammad Al Fatih, penakluk yang berjaya menawan Kota Konstantinopel adalah seorang yang fokus dalam masalah peperangan. Sejak kecil sudah diceritakan oleh ayahnya tentang perang yang dihadapi oleh pasukan muslim melawan kafir.

Banyak yang belum kita ketahui mengenai kekuatan disebalik fokus itu sendiri. Semakin kita fokus pada satu hal,  semakin ia akan memudahkan kita dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan.
Bila kita memusatkan fokus, maka pelbagai informasi yang berhubungan dengan impian kita akan mudah masuk ke dalam fikiran kita. Dan sebaliknya jika kita tidak fokus, pikiran kita akan mudah dipesongkan oleh perkara-perkara yang tidak sesuai dengan target kita.

Perniagaan Yang Tidak Pernah Rugi

إِنَّ الَّذينَ يَتلونَ كِتٰبَ اللَّهِ وَأَقامُوا الصَّلوٰةَ وَأَنفَقوا مِمّا رَزَقنٰهُم سِرًّا وَعَلانِيَةً يَرجونَ تِجٰرَةً لَن تَبورَ

 “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,”(Al-Fathir: 29)
Imam Qatadah seperti diriwayatkan dalam Tafsir Ibn Kathir ayat ini menceritakan tentang fadilah & kelebihan membaca al Qur’an.
“Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Baqarah: 121)
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Saff: 10-11)
Para Sahabat Nabi Radiyallahuanhum Ajmain adalah susuk peribadi yang paling gigih berusaha untuk mendulang keuntungan dari perniagaan yang tidak pernah rugi ini.
Siapa tidak kenal Abu Bakar As-Siddiq seorang pedagang yang jujur, setiap kali membaca al Qur’an nescaya basah wajah dan bajunya kerana tidak mampu menahan tangisan. Demikian juga Uthman bin Affan yang sering membaca al Qur’an. Sampai-sampai beliau mati dibunuh oleh puak pemberontak ketika sedang membaca al Qur’an.
Diriwayatkan dalam Kitab Muwatta’ bahawa Uthman bin Affan Radiyallahuanhu sering membaca Surah Yusuf pada waktu solat subuh.
Walaupun hubungan mereka dengan al Qur’an sangat era; keuntungan yang Allah rezekikan kepada para sahabat bukan sahaja keuntungan diakhirat berupa jannah. Dan tentulah iatu yang paling utama dan paling baik berbanding selainnya. Pun begitu Allah tidak mensia-siakan kehidupan mereka di atas dunia.
Majoriti sahabat Nabi itu Allah rezekikan kepada mereka harta dan nikmat yang tidak sedikit. Benar firman Allah dalam hadith qudsi maksudnya,
“Hai anak Adam! Tekunlah kamu beribadat kepada-Ku, nescaya aku akan penuhkan hatimu dengan kekayaan dan akan aku hilangkan kefakiranmu. Tetapi jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan aku penuhkan tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak akan hilangkan kefakiranmu.” (HR Tirmizi dan Ibnu Majah : Sahih menurut Albani)

Bisnes

Langkah-Langkah Untuk Menjual Apa Sahaja


Skil menjual dan berniaga harus ada pada setiap diri usahawan jika anda mahu kekal lama dalam dunia perniagaan. Seorang penjual yang hebat mampu menjual apa-apa sahaja yang diberikan kepadanya.
1- Perkara paling utama yang anda harus bina antara anda dan prospek anda KEPERCAYAAN (TRUST). Manusia membeli kerana mereka percaya. Mereka percaya anda boleh bantu mereka menyelesaikan masalah.
2- Biarkan prospek anda bercakap 80% daripada keseluruhan perbualan anda dan dia. Lebih banyak mereka bercakap, lebih banyak maklumat yang anda akan perolehi. Dengan maklumat-maklumat inilah anda guna untuk meyakinkan mereka supaya membeli dari anda.
3- Jangan menyembunyikan kebenaran. Telus dengan segala maklumat yang diberikan. Tidak guna berselindung apa-apa kerana di kemudian hari, kebenaran akan diketahui juga.
4- Kaji permintaan pelanggan. Jual apa yang mereka mahu, bukan jual apa yang anda suka.
5- Sentiasa bersangka baik. Jangan mudah putus asa. Sudah menjadi lumrah berniaga, sentiasa ada halangan dan cabaran. Terus maju ke hadapan tidak kira apa jua halangan yang menimpa.
6- Jika anda berbual dengan prospek di dalam telefon, pastikan anda berdiri, bukan duduk atau pun baring. Ini kerana tenaga dan aura orang yang bercakap sambil berdiri itu lebih baik dan meyakinkan.
7- Follow up! Jangan malas untuk follow up prospek. Bukan semua orang mampu membuat keputusan untuk membeli dengan hanya sekali fikir sahaja. Anda sendiri pun berfikir banyak kali sebelum membeli sesuatu kan? Sama juga lah dengan prospek anda.
8- Beri sedikit ruang dan masa kepada prospek anda untuk berfikir. Jangan terlalu mendesak kerana ia boleh membuatkan prospek anda rimas. Anda pasti tidak mahu prospek bencikan anda.
9- Kaji ‘closing rate’ anda. Kira berapa nisbah ‘tidak’ kepada ‘ya’ yang anda terima daripada prospek. Jika nisbahnya tidak memuaskan, sudah tiba masanya anda pergi menuntut ilmu berniaga daripada pakar-pakar yang ada.
Kredit : Safuan Borhan
BERILMU DAN BERHARTA - 2 HAL YANG SEIRINGAN
------------------------------------------------------------------
Daripada Muawiyyah r.a berkata, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik maka Allah faqihkan (memberi kefahaman) dia terhadap agama. Aku hanyalah yang membagi-bagikan sedangkan Allah yang memberi. Dan sentiasalah umat ini tegak diatas perintah Allah, mereka tidak akan celaka kerana adanya orang-orang yang menyelisihi mereka sehingga datang keputusan Allah.” (Sahih Al-Bukhari, Kitab Ilmu)
-------------------------------------------------------------------
Abu Darda’ radiyallahuanhu menyatakan, “Termasuk dari kefaqihan (kefahaman) seseorang Muslim ialah usahanya dalam memperbaiki mata pencariannya.”
-------------------------------------------------------------------
Abu Darda juga menyatakan, “Baiki mata pencarian termasuk dari baiknya agama, dan baiknya agama termasuk kebaikan akal.” (Jaami’ Bayaanil Ilmi wa Fadlihi I/1724, no. 1323-1324 via Hukum Meminta-minta dan Mengemis dalam Syariat Islam, Ust. Yazid bin Abdul Qadir Jawas)