Wednesday, July 20, 2016

Bisnes : 4 Kisah Wanita Sebelum Mereka Jadi Jutawan & Usahawan Berjaya Di Malaysia


Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Itulah yang mungkin sesuai     dengan 4 orang usahawanita yang hebat ini. Mereka adalah antara ikon bisnes yang dikagumi di Malaysia kerana kejayaan dan kelainan yang dibawakan oleh mereka mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat.

Adakah anda tahu siapa mereka sebelum bergelar usahawan berjaya? Adakah mereka anak-anak orang kaya yang mudah dapat modal dari keluarga? Pastinya anda ingin
mengetahui siapa mereka. Maka, inilah kisah asam garam mereka sebelum berjaya dan terkenal di Malaysia tercinta.


1. Datuk Seri Dr. Hajjah Hasmizah Othman




Beliau berasal dari Machang, Kelantan mempunyai kelulusan Ijazah Pendidikan (Kesusasteraan Melayu & Sejarah)


  

Tuesday, July 19, 2016

Cara Rasullullah S.A.W. Berniaga

Rasulullah SAW adalah manusia biasa, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Beliau secara manusiawi sama dengan kita seluruh umat manusia. Ayahanda beliau adalah Abdullah bin Abdul Muthallib, ibundanya bernama Aminah, keduanya dari suku Quraisy di Mekah keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim AS. 
Rasulullah SAW adalah Rasul pilihan Allah yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah Allah; berbuat yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia berada di ambang kehancuran lantaran kebudayaan yang menyebabkan tertegak nya tamadun ketika itu telah hancur.
Ketika kemanusiaan sedang berada dalam kesesakan nafas di ambang maut, Allah mengutuskan Rasulullah SAW untuk membangkitkannya semula dan mengeluarkan umat manusia dari kegelapan kepada cahaya. Rasulullah SAW memecah belengu-belengu jahiliah dan khurafat dan mengajak manusia kepada pengabdian yang akan membebaskan mereka daripada segala bentuk ikatan lain. Dia mengembalikan kepada mereka kebahagiaan hidup yang sebenarnya.
Itu semua biasa kita baca dalam buku-buku agama. Yang jarang kita dengar ialah sifat keusahawanan atau ciri-ciri perniagaan Rasulullah SAW.

Baginda sudah mula berniaga sejak berumur 12 tahun. Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda.
Dan Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, Baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul) ketika berumur 25 tahun.
Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam, malah menjadi satu terminologi yang sering disebut dalam al-Quran, contohnya:
Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan rugi(35:29)”
Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”
Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha tulang empat kerat kita sendiri. Dan boleh juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.
Dan Rasulullah sering disalah anggap sebagai miskin. Tidak, Baginda seorang yang kaya. Cuma hidup yang dijalaninya tidak seperti orang-orang kaya. Tiada rumah bertingkat-tingkat, tiada TV Plasma, tiada kereta Ferrari. Tetapi apabila Baginda keluar berjuang, contohnya berperang. Baju perang, pedang Baginda adalah dari yang terbaik, kuda-kuda perang adalah dari jenis yang terbaik. Makna kata seluruh harta Baginda digunakan untuk memperjuangkan Islam, bukan membuncitkan perut sendiri. Malah Baginda Rasulullah pernah mengikat batu-batu ke perutnya untuk menahan lapar.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta:
Harta itu merupakan kekayaan terpuji TETAPI hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah.”
Ingin tahu cara Rasul Terulung kita berniaga? Teruskan membaca.

Tidak Pernah Berdebat
Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan Baginda SAW sebelum Baginda diangkat menjadi rasul lagi. Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Rasulullah berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Rasulullah . Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.”

Teknik Menjual Yang Unik
Mengikut riwayat, Nabi menjual barang-barang Baginda tidak seperti diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu. Baik peniaga Arab atau pun bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka menjual barang-barang dagangan mereka dengan meletakkan harga yang setinggi mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga pokok dan meminta para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki.
Dengan cara ini pembeli merasa puas dan senang hati kerana mereka merasa tidak tertipu oleh peniaga. Lalu mereka membeli dengan larisnya sehingga barang-barang Nabi paling laku dan cepat habis berbanding rakan-rakan Baginda yang lain. Selain itu Nabi juga mengambil sikap menjual pada harga modal apabila sipembelinya seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barang itu. Baginda amat bertimbang rasa dan amat pengasihan belas kepada sesama manusia. Manakah ada manusia yang menjual barang-barang dagangannya dengan harga modal?

Sentiasa Senyum
Satu lagi daya penarik yang luar biasa yang telah menarik para pembeli untuk mendekati barang-barang Nabi ialah sikap dan wajah Baginda semasa berjualan itu. Selaku seorang insan yang sedia dijadikan Allah berwajah kacak menawan dan gemar melemparkan senyuman kepada orang, maka Nabi telah menggunakan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada Baginda itu. Dengan wajah yang manis dan menawan dihiasi pula dengan senyuman yang manis, pastilah keindahan dan keelokan yang terpancar di wajah seseorang itu semakin bertambah. Walaupun tutur kata tidak seberapa , tetapi para pelanggan tetap menggemari orang yang berwajah manis dan selalu memberi senyuman kepada orang.

Jujur

Baginda bersabda, “Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang Muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.
Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan. Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan. Kemudian Rasulullah menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu. “Apa ini saudara ?” tanya Rasulullah. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu. “Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Rasulullah. Kemudian Baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”

Tidak Bersumpah Palsu
Dengan tegas, Rasulullah SAW mengecam amalan perdagangan yang dipenuhi tipu daya. Apalagi sampai bersumpah palsu, mengandungi unsur riba atau berbisnes di pasar gelap. Sebab, model menjalankan bisnes seperti itu tak saja merugikan orang lain, tapi juga membuat perniagaan yang dijalankan tidak lancar. Hal itu sebagaimana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sebuah hadis, “Penjual dan pembeli memiliki hak pilih selama belum berpisah. Apabila mereka jujur dan mahu menerangkan (keadaan barang), mereka akan mendapat berkat dalam jual-beli mereka. Dan jika mereka bohong dan menutupi (cacat barang) akan dihapuskan keberkatan jual-beli mereka.” (HR. Muslim) Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabat untuk tidak melakukan sumpah, selain mengakibatkan kehilangan berkatnya.

Lemah Lembut
Baginda Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan lemah lembut ketika menjalankan perniagaan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: “Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan.”

Bukan Mengejar Harta Semata-mata
Rasulullah SAW bekerja keras mencari penghidupan yang halal. Baginda menjalankan perniagaan bukan sahaja untuk menyara kehidupan Baginda tetapi juga untuk mengukuhkan potensi Baginda agar orang yang kaya tampil ke hadapan untuk menghulur modal mereka untuk digunakan oleh Baginda bagi tujuan perniagaan.
Muamalah seperti ini amat digalakkan oleh Islam kerana terdapatnya unsur bantu membantu di kalangan mereka yang berada dan tidak berada. Firman Allah SWT dalam surah Al Ma’idah ayat 2: Bermaksud: “Dan hendaklah kamu bantu membantu dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu sekali-kali bantu membantu dalam perkara-perkara kejahatan dan permusuhan.”

Fasih Tutur Kata
Rasulullah SAW merupakan seorang yang mempunyai kefasihan dalam tutur katanya. Tutur katanya lembut, lunak didengar, tidak pernah berbohong dan sentiasa jujur. Oleh itu, tidak hairanlah apabila Baginda mengendalikan perniagaan harta Khadijah, Baginda memperoleh keuntungan yang banyak. Terdapat sebuah hadis yang menceritakan kefasihan Baginda yang telah diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dari Syaidatina Aishah: Bermaksud: “Adalah Rasulullah berkata-kata dengan perkataan yang terang serta jelaslagi tegas, dapat difahami oleh setiap orang yang mendengarnya (duduk bersama Baginda).

Keuntungan Maksimum Adalah Mungkin
Walaupun ada ustaz (penceramah) yang mengatakan untung hanya boleh diambil sekitar 30% sahaja, namun kata-kata Rasulullah SAW lebih utama untuk kita jadikan pegangan. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, seorang sahabat Nabi membeli dua ekor kambing dengan 1 dinar. Kemudian, sahabat itu tadi menjual salah seekor kambing itu dengan harga 1 dinar. Bermaksud, di tangannya ada seekor lagi kambing dan wang sejumlah 1 dinar. Sahabat itu datang kepada Rasulullah dan kemudian menyatakan apa yang telah beliau lakukan (menjual dengan cara begitu). Rasulullah tidak berkata apa-apa melainkan mendoakan agar sahabatnya itu mendapat keberkatan dalam perniagaan yang dilakukannya.
Ada lagi hadis sahih lain riwayat Abu Daud di mana Rasulullah ditanya mengapa tidak ditetapkan keuntungan maksimum (kawal kadar keuntungan). Lantas Rasulullah menyatakan, itu adalah satu ‘kezaliman’ untuk para peniaga. Daripada dua contoh di atas berasaskan dalil yang sahih, kita dapati tidak mengapa kita menaikkan keuntungan sesuatu jualan produk sehingga 100%. Cuma yang dilarang adalah menyorokkan barangan keperluan asasi manusia pada ketika permintaan mendadak, dan dijual kembali apabila harganya dinaikkan. Ataupun apabila pihak pemimpin (kerajaan) menetapkan sesuatu perkara, maka kita wajib mematuhinya.
Maka, kepada para peniaga, marilah contoh cara-cara bisnes Rasulullah SAW, yakni akan memperoleh pahala kerana mengikut sunah Baginda.


  

5 Rahsia Tokoh Perniagaan Berjaya

Tokoh Perniagaan | Richard Branson: Lima Rahsia untuk Perniagaan yang Berjaya

Usahawan yang ternama dan pengasas Virgin Group menawarkan tip-tip untuk memulakan perniagaan
Saya sering ditanya jikalau saya telah menemui rahsia – atau sekurang-kurangnya jawapan yang konsisten – untuk membina perniagaan selama kareer saya.
Maka saya telah mengambil masa untuk berfikir tentang ciri-ciri kejayaan yang telah banyak dikecapi oleh Virgin, dan yang paling penting sekali, apakah kegagalan yang ditempuhi atas pilihan yang kurang bijak. Mengimbau semula 40 tahun tersebut, saya dapat merumuskan lima “rahsia”


 No. 1: Sukai Apa Yang Anda Buat
Disebabkan memulakan sesuatu perniagaan memerlukan ketekunan dan waktu yang lama, anda seharusnya menyukai apa yang anda buat. Semasa saya mulakan perniagaan Virgin di basement rumah pangsa saya di Barat London, saya tidak bermimpi untuk membina suatu empayar perniagaan. Saya hanya mahu memulakan sesuatu yang saya suka buat dan mampu membayar bil-bil saya.
Tiada perancangan yang besar atau strategi. Malah nama itu diilhamkan tanpa banyak berfikir. Suatu malam saya bersama sahabat saya sedang sedang berborak sambil minum-minum dan mengambil keputusan untuk menamakan kumpulan perniagaan kami Virgin, kerana kami semua pendatang baru dalam perniagaan. Nama itu kekal dan mempunyai bunyi yang unik.
Bagi saya, membina suatu perniagaan adalah sesuatu yang harus dibanggakan, mengumpulkan orang-orang yang berbakat dan mencipta sesuatu yang dapat mengubah hidup orang lain.

[Contoh]
Sekiranya ahli perniagaan berhasrat untuk benar-benar membawa perubahan dalam kehidupan orang lain, dan mencapai hasrat tersebut, dia akan mampu membiaya hidupnya dan juga memiliki perniagaan yang berjaya.

No. 2: Mulakan Sesuatu Yang Lain Daripada Yang Lain
Tidak kisahlah jika kamu mempunyai sesuatu produk, perkhidmatan atau jenama, tidak mudah untuk memulakan sesebuah syarikat yang mampu bertahan dalam dunia moden ini. Kamu perlu melakukan sesuatu yang radikal untuk menjadi Berjaya di zaman ini.
Lihatlah ahli perniagaan yang Berjaya dalam jangka masa 20 tahun yang lepas. Microsoft, Google atau Apple, contohnya, menggegarkan sesebuak sector dengan melakukan sesuatu yang tidak pernak dilakukan sebelum itu dan terus menginovasi. Mereka sekarang mempunyai kuasa dominan.


No. 3: Mulakan Sesuatu Yang Akan Dibanggakan Oleh Semua Orang Yang Bekerja Dengan Kamu
Perniagaan biasanya dijalankan oleh sekumpulan orang, dan mereka adalah asset kamu yang paling berharga.

No. 4: Jadilah Pemimpin Yang Baik
Sebagai seorang pemimpin, kamu harus menjadi pendengar yang baik. Kamu perlu tahu pendirian kamu sendiri, tetapi tiada guna juga jika kamu memberi pandangan kepada orang lain tanpa adanya perdebatan. Tiada sesiapa mempunyai monopoli dalam idea yang baik dan nasihat yang baik.
Bergaullah. Dengarkan pandangan orang lain, biarkan orang menampilkan diri dan belajarlah dari mereka. Sebagai seorang pemimpin, kamu juga harus pandai memuji orang lain. Jangan mengkritik orang secara terbuka; jangan menunjukkan panas baran, dan sentiasalah memuji rakan sekerja kamu atas kejayaan mereka dalam melakukan tugas.

No. 5: Sentiasa Kelihatan
Seorang pemimpin yang baik tidak seharusnya duduk di meja sahaja. Saya tidak pernah bekerja di pejabat – saya selalu bekerja dari rumah – tetapi saya selalu keluar, dan bergaul dengan orang. Saya banyak berjalan dan saya sentiasa membawa buku nota untuk mencatit soalan, kebimbangan dan idea yang baik.
Jika saya berada dalam penerbangan Virgin Atlantic, saya pasti meluangkan masa untuk keluar bertemu dengan semua pekerja dan kebanyakan penumpang. Jika kamu bertemu dengan sekumpulan ahli kru Virgin Atlantic, kamu akan mendapat sekurang-kurangnya sepuluh cadangan dan idea. Jika saya tidak mencatitnya, saya cuma akan ingat satu sahaja keesokan hari. Dengan mencatitnya saya akan ingat kesemuanya. Apabila keluar dan berjabat tangan dengan semua penumpang pesawat, sekali lagi, akan ada orang yang memberikan pendapat dan menyatakan masalah mereka. Catitkan dan tuliskan nama dan alamat e-mail mereka, dan keesokan harinya kamu harus memberi maklum balas.
Sudah tentu, saya cuba untuk memastikan yang pengarah urusan yang dilantik mempunyai falsafah yang sama. Dengan itu kita dapat menguruskan kumpulan syarikat sebagaimana peniaga kecil yang diuruskan kaum keluarga – sentiasa responsif dan mesra.
Apabila mula-mula membina perniagaan, frasa penting untuk beberapa tahun pertama adalah “kemampuan untuk bertahan”. Sememangnya sukar untuk bertahan. Pada mulanya kamu tidak mempunyai masa dan tenaga untuk memikirkan tentang perkara seperti bagaimana hendak menyelamatkan dunia. Kamu hanya akan terus berjuang untuk memastikan yang kamu dapat menjaga pengurus bank dan dapat membayar bil-bilnya. Pendek kata, sepenuh konsentrasi kamu hanyalah bagi memastikan kamu tetap bertahan.
Walaubagaimana pun, sekiranya kamu tidak mampu bertahan, ingatlah bahawa kebanyakan perniagaan gagal dan pengajaran terbaik adalah belajar daripada kesilapan. Kamu tidak seharusnya terlalu patah semangat. Bangkit semula dan cuba lagi.



Motivasi

2 Kunci Kejayaan : Tekun Dan Fokus

Kejayaan adalah tujuan setiap orang di dunia ini.
Sudah banyak orang yang memberikan nasihat-nasihat untuk meraih kejayaan dalam pelbagai bidang, ribuan buku telah diterbitkan dan banyak seminar tentang bagaiman mencapai kejayaan telah diadakan.
Kami juga ingin berkongsi tips yang mudah untuk berjaya dalam apa-apa jua bidang pun. Sebenarnya ada 2 tips yang apabila kita berpegang teguh pada 2 prinsip ini, maka kejayaan akan dapat dicapai, iaitu Tekun dan Fokus.

1. Mencapai Kejayaan dengan: Tekun

Ketekunan sinonim dengan sabar, gigih, pantang menyerah, dan istiqamah. Jika kita lihat tokoh-tokoh hebat yang terkenal, mereka mencapai kejayaan oleh kerana ketekunan mereka yang tinggi.
Thomas Edison, berjaya mencipta mentol setelah melakukan percubaan sehingga ribuan kali
Tekun juga bererti konsisten atau istiqamah.
Jika seseorang itu tekun belajar, maka itu ertinya orang tersebut belajar dengan rajin tanpa kenal lelah dan konsisten belajar setiap hari.
Dengan ketekunan yang dimiliki, segala macam rintangan dan kemalasan pada diri kita akan tunduk kepadanya. Ketekunan itu adalah jiwa kegigihan dan pantang menyerah untuk terus belajar dan berusaha.
Bukan orang bijak yang akan berjaya, tetapi orang yang tekun lah yang akan berjaya. Jika hanya orang bijak sudah pasti akan berjaya, maka itu adalah tidak adil. Kebijaksanaan adalah anugerah sedangkan tekun adalah usaha.
"Pemenang tidak pernah berhenti dan mereka yang berhenti tidak akan pernah menang".

2. Mencapai Kejayaan dengan: Fokus

Tiada tokoh hebat yang terkenal kerana mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang atau multiple-intelligent. Biasanya orang yang berjaya adalah mereka yang fokus pada bidangnya masing-masing.
Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari dikenali kerana berjaya membina empayar perniagaanya. Prof. B.J. Habibie adalah tokoh yang terkenal berjaya dalam industri aeronautics. Steve Jobs tokoh terkenal berjaya dibidang teknologi komputer.
Bahkan, Sultan Muhammad Al Fatih, penakluk yang berjaya menawan Kota Konstantinopel adalah seorang yang fokus dalam masalah peperangan. Sejak kecil sudah diceritakan oleh ayahnya tentang perang yang dihadapi oleh pasukan muslim melawan kafir.

Banyak yang belum kita ketahui mengenai kekuatan disebalik fokus itu sendiri. Semakin kita fokus pada satu hal,  semakin ia akan memudahkan kita dalam mencapai sesuatu yang kita inginkan.
Bila kita memusatkan fokus, maka pelbagai informasi yang berhubungan dengan impian kita akan mudah masuk ke dalam fikiran kita. Dan sebaliknya jika kita tidak fokus, pikiran kita akan mudah dipesongkan oleh perkara-perkara yang tidak sesuai dengan target kita.

Homestay / Rumah Rehat

AL-Haq Homestay




Sebuah rumah Semi-D, berhawa dingin (Aircond) di bilik utama (master room).
Terdapat 4 bilik tidur 2 bilik Air.
Terletak berdekatan dengan Pusat Bandar Bagan Serai, kedai makan,
stesen minyak, Kemudahan bank & sebagainya..
Ruang Tamu:
-Dilengkapi dengan TV, Set sofa dan kipas angin syiling.
-Bilik Utama: Berhawa dingin dan dilengkapi set katil kelamin, almari pakaian 2 pintu, kipas angin syiling, seterika & iron board, selimut, sejadah dan rak tuala.
-Bilik Kedua, ketiga, keempat: dilengkapi set katil, almari pakaian, kipas angin syiling, selimut, sejadah dan rak tuala.
Dapur:
-Dilengkapi kipas angin syiling, set meja makan , set
memasak dapur gas, peti sejuk, jug kettle, set pinggan
mangkuk, periuk, kuali, dll.
Kadar Sewa: RM230/ Hari
RM200 (utk 3 hari)
Keterangan lanjut @ tempahan : 0133939787 – Ayie / 0124321913 – Wan

Belajar Bisnes

Strategi Daripada Peniaga Kecil Kepada Jutawan

Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan khsusus bagi mereka yang serius dalam menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu bergelar jutawan. Fakta sendiri telah membuktikan bahawa majoriti jutawan adalah lahir daripada golongan para peniaga. Contohnya, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan antara jutawan Melayu terkemuka di Malaysia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan. Begitu juga dengan pelakon Ezany Nizariff yang memiliki kilang kicap dan belacan berkat usaha gigihnya dalam perniagaan lantas berjaya meraih pulangan yang lumayan. Menariknya, hanya dengan belacan sahaja sudah mampu untuk mengangkat seseorang itu menjadi jutawan!! Hatta peniaga kecil yang menjalankan perniagaan mengikut startegi yang betul juga sebenarnya mampu untuk bergelar jutawan pada masa akan datang. Beberapa strategi dan panduan telah digariskan untuk memandu para peniaga kecil terus giat berusaha bagi memastikan perniagaan berkembang maju dan mampu untuk bergelar jutawan yang Berjaya satu masa nanti.

Mesti Pandai MENCURI!!
Haa!! Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam lapangan perniagaan, pihak tersebut mestilah pandai mencuri. Jangan terkejut!! Mencuri yang dimaksudkan ini bukanlah bererti perlu melakukan jenayah, tetapi mencuri yang dimaksudkan adalah bijak mengambil peluang yang ada dalam dunia perniagaan yang mana peluang-peluang tersebut dapat membantu untuk meningkatkan lagi kejayaan perniagaan tersebut. Peniaga yang bijak akan memerhatikan keperluan semasa masyarakat sekeliling. Contohnya, sekiranya di suatu kawasan penempatan tersebut tidak ada menyediakan perkhidmatan dobi, maka peniaga yang bijak akan menggunakan peluang tersebut dengan membuka sebuah kedai dobi dan mungkin boleh bermula secara kecil-kecilan. Inilah yang dikatakan pandai mencuri peluang dalam perniagaan. Melihat kelemahan sebagai satu peluang. Bijak mengambil dan menggunakan peluang yang ada sebenarnya satu langkah permulaan untuk seseorang individu menempa kejayaan yang lebih besar. Ini kerana, tidak semua orang akan melihat peluang itu sebagai satu peluang. Mungkin ada yang melihat peluang itu sebagai satu kekurangan dan kelemahan berbeza dengan mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif.
Berpandukan kepada situasi semasa lapangan perniagaan di Malaysia, masih banyak lagi ruang yang ada untuk seseorang usahawan kecil melebarkan sayap perniagaannya. Terutama pihak kerajaan pada masa ini begitu membuka peluang kepada para usahawan kecil untuk memajukan lagi perniagaan dengan pihak kerajaan siap sedia menghulurkan bantuan perniagaan khususnya dalam bentuk pinjaman kewangan. Sayangnya, ramai juga dalam kalangan peniaga masa kini tidak mengetahui skim-skim bantuan kewangan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan yang dapat membantu menaikkan lagi perniagaan mereka.

Antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam membantu para usahawan dan peniaga kecil adalah seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Perbadanan Nasional Berhad (PNB), dan banyak lagi. Kesemua ini merupakan peluang yang disediakan pihak kerajaan semata-mata untuk menarik minat masyarakat supaya menceburkan diri dalam bidang perniagaan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan iaitu bagi mereka yang telahpun memiliki perniagaan sendiri. Terpulanglah kepada kita sama ada untuk ‘mencuri’ peluang yang terhidang ini atau tidak.

Motivasi yang Tinggi

Kegagalan merupakan satu lumrah yang biasanya akan dihadapi oleh para peniaga. Tetapi tidak bermakna kegagalan tersebut akan membuatkan kita terus gagal dan tidak boleh mengecapi kejayaan selepas itu. Malah kegagalan dalam perniagaan sekiranya dipandang dari sudut yang positif dapat dijadikan sebagai satu motivasi pembakar semangat untuk meneruskan usaha membangunkan semula perniagaan yang telah mengalami kegagalan. Motivasi yang tinggi merupakan satu resepi bagi setiap jutawan. Anda tanyalah kepada mana-mana jutawan sekalipun, mereka pasti akan menjawab bahawa jika ingin berjaya, semangat dan daya usaha mestilah seiring dan jangan sekali-kali berputus asa. Peniaga kecil khususnya yang cepat tewas dengan ujian dan kegagalan yang melanda perniagaan mereka akan menyebabkan mereka terus gagal!! Berbeza dengan mereka yang mempunyai kecekalan dan mentaliti yang kuat, kegagalan yang menimpa diibaratkan sebagai satu cabaran untuk mereka terus berusaha dan berjaya.

Setiap peniaga harus mengetahui bahawa tiada jalan pintas untuk memperoleh kejayaan dan kekayaan. Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong pernah berpesan dengan mengatakan “..jangan fikir negatif dalam perniagaan, lakukan secara berperingkat walaupun perlahan-lahan asalkan ia tindakan tepat..” Peniaga harus tekun, sabar dan gigih dalam menjalankan perniagaan. Kesabaran merupakan satu aspek yang sangat penting. Berusahalah dengan sebaik-baiknya. Biarpun perniagaan yang dijalankan bermula dengan kecil-kecilan dan perlahan tetapi sekiranya diusahakan dengan bersungguh-sungguh, akan dapat membuahkan hasil yang mengagumkan. Rasulullah S.A.W juga telah menunjukkan satu contoh yang cukup baik dalam berniaga. Baginda begitu menekankan faktor kejujuran dan kesabaran dalam berniaga. Hasilnya, kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap Baginda S.A.W bertambah. Begitu juga dengan kita pada hari ini, sekiranya kita amalkan nilai-nilai murni dalam perniagaan pastinya perusahaan yang kita jalankan akan mendapat perhatian dan menarik lebih ramai pelanggan. Impaknya, perniagaan menjadi bertambah maju dan berjaya. Ingat!! Sikap anda dalam menguruskan perniagaan akan memberi kesan kepada perniagaan anda sendiri.

Lain Daripada Yang Lain

Ya, lain daripada yang lain. Kadang-kadang apabila kita membuat sesuatu perkara yang pelik, kita akan mendapat perhatian yang lebih berbanding kita membuat perkara-perkara yang biasa. Contoh, apabila kita memakai baju secara terbalik dan kemudian kita berjalan di pasar raya, pasti kita akan menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Memanglah memalukan dan kelakar tetapi inilah yang dikatakan lain daripada yang lain. Konsep ini sangat berkesan apabila diaplikasikan dalam perniagaan. Kita menjual minuman ABC sama seperti peniaga yang lain, akan tetapi ABC yang kita jual mengandungi aiskrim. Maka tidak mustahil sekiranya ABC yang kita jual lebih mendapat perhatian pelanggan. Walaubagaimanapun, untuk menjadi lain daripada yang lain, seseorang itu mestilah berfikiran kreatif dan kritis. Ini kerana, kita mesti memikirkan suatu cara yang boleh memberi kelainan terhadap perniagaan kita sama ada kelainan terhadap produk yang kita jual atau kelainan dari segi cara kita memasarkan produk yang sedia ada. Aspek kelainan ini merupakan satu langkah yang dapat menarik lebih ramai pelanggan sekaligus membuatkan pernigaan menjadi lebih terkenal. Siapa sangka dari sekecil-kecil perniagaan boleh berkembang pesat sehingga melayakkan kita untuk bergelar jutawan melalui perusahaan yang dijalankan.
Contoh, kita boleh melihat usaha yang dijalankan oleh kumpulan adik beradik yang begitu terkenal dalam bidang nyanyian dan perfileman iaitu KRU. KRU adalah antara sutradara yang begitu gemar untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain. Lihat sahaja filem-filem yang dihasilkan. Kebanyakkannya mempunyai kelainan yang tersendiri. Bermula dengan Cicakman iaitu merupakan filem tempatan terawal yang dihasilkan menggunakan sepenuhnya teknik Kesan Khas (CGI) sehingga berjaya meraih kutipan kasar sebanyak RM5.15 juta pada tahun 2006!! Terbukti, aspek lain daripada lain iaitu penggunaan teknik CGI oleh KRU untuk menghasilkan Cicakman membuahkan hasil yang begitu memukau. Oleh itu, setiap para peniaga kecil perlu menanamkan keazaman yang tinggi dan terus berfikiran kehadapan untuk menghasilkan sesuatu produk yang lebih menarik.

Persaingan Sihat

Dalam sesuatu perniagaan, kecil mahupun yang besar, persaingan sememangnya selalu wujud dan berlaku. Persaingan dilihat sebagai sesuatu yang bagus untuk perniagaan tetapi adakalanya persaingan boleh juga memberi kesan buruk kepada perniagaan. Persaingan yang tidak dapat ditangani dengan baik terutama oleh para peniaga kecil akan membuatkan mereka berasa sukar untuk meneruskan perusahaan yang dijalankan. Berapa ramai dalam kalangan peniaga kecil pada hari ini yang gagal berhadapan dengan persaingan dalam perniagaan? Ada dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini yang bersikap iri hati sekaligus berlaku khianat kepada peniaga lain hanya kerana mencemburui kejayaan yang dimiliki oleh peniaga tersebut. Sikap dengki seperti menghasut, menabur fitnah kepada peniaga lain adalah antara sikap yang boleh menjadikan persaingan tidak sihat. Pergaduhan juga boleh berlaku.
Oleh itu, bagi para peniaga kecil, persaingan sebegini adalah perkara biasa dalam dunia perniagaan dan terpulang kepada anda bagaimana untuk menanganinya. Sekiranya anda memandang persaingan dengan para peniaga lain sebagai sesuatu yang sihat, maka sudah pasti anda juga akan turut berlumba-lumba dengan yang lain untuk meningkatkan kualiti produk yang dipasarkan.
Sekali lagi saya ingin memetik kata-kata Tan Sri Lim Goh Tong yang menyatakan “..elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh. Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang dikerjakan..” Ini bermaksud dalam perniagaan, kita perlu berlumba dengan para peniaga yang lain melalui cara yang baik. Ingat, sebagai peniaga yang mempunyai wawasan, elakkan daripada mencari musuh sebaliknya carilah seramai mungkin sahabat dalam perniagaan kerana dalam perniagaan kita tidak akan selalu berada diatas, adakalanya kita mungkin akan mengalami kerugian. Seperkara lagi, persaingan sihat juga merangkumi kejujuran dalam perniagaan. Tidak perlu sama sekali untuk kita menipu semata-mata bagi mendapatkan keuntungan berganda kerana penipuan hanya akan mendatangkan masalah dan kerugian kelak. Islam juga melarang sama sekali menipu dalam berniaga seperti menipu dalam sukatan dan timbangan, menjual barang-barang yang rosak, menyorokkan barang-barang keperluan harian semasa bekalan barangan tersebut kekurangan dan menjualnya dengan harga yang tinggi serta bermacam lagi. Apa yang penting, rezeki yang diperoleh melalui cara yang tidak baik adalah rezeki yang tidak mendapat keberkatan dari sisi Islam.
Banyak lagi sebenarnya cara-cara dan teknik yang boleh dilakukan oleh peniaga-peniaga kecil untuk memastikan perniagaan menjadi lebih berjaya. Walaubagaimanapun, percayalah anda mampu untuk bergelar jutawan sekiranya keempat-empat elemen diatas diamalkan dengan baik. Teruskan berusaha kerana perniagaan merupakan satu perintis untuk seseorang itu menjadi jutawan. Meskipun bermula dengan kecil-kecilan, tetapi berkat ketekunan dan kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang membanggakan. Islam sendiri telah menegaskan bahawa perniagaan merupakan 9/10 daripada pintu rezeki. Fakta ini ternyata relevan apabila begitu ramai jutawan yang lahir didunia hari ini dengan bersandarkan kepada bisnes yang dijalankan. Mungkin perniagaan yang anda usahakan pada hari ini hanya mampu meraih pulangan dalam kadar yang kecil, tetapi siapa tahu sekiranya anda terus dan terus berusaha meningkatkan mutu perniagaan anda, tidak mustahil untuk anda turut berada dalam kelompok jutawan yang disegani pada satu hari nanti. Semoga berjaya!!



  

Perniagaan Yang Tidak Pernah Rugi

إِنَّ الَّذينَ يَتلونَ كِتٰبَ اللَّهِ وَأَقامُوا الصَّلوٰةَ وَأَنفَقوا مِمّا رَزَقنٰهُم سِرًّا وَعَلانِيَةً يَرجونَ تِجٰرَةً لَن تَبورَ

 “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi,”(Al-Fathir: 29)
Imam Qatadah seperti diriwayatkan dalam Tafsir Ibn Kathir ayat ini menceritakan tentang fadilah & kelebihan membaca al Qur’an.
“Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Al-Baqarah: 121)
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Saff: 10-11)
Para Sahabat Nabi Radiyallahuanhum Ajmain adalah susuk peribadi yang paling gigih berusaha untuk mendulang keuntungan dari perniagaan yang tidak pernah rugi ini.
Siapa tidak kenal Abu Bakar As-Siddiq seorang pedagang yang jujur, setiap kali membaca al Qur’an nescaya basah wajah dan bajunya kerana tidak mampu menahan tangisan. Demikian juga Uthman bin Affan yang sering membaca al Qur’an. Sampai-sampai beliau mati dibunuh oleh puak pemberontak ketika sedang membaca al Qur’an.
Diriwayatkan dalam Kitab Muwatta’ bahawa Uthman bin Affan Radiyallahuanhu sering membaca Surah Yusuf pada waktu solat subuh.
Walaupun hubungan mereka dengan al Qur’an sangat era; keuntungan yang Allah rezekikan kepada para sahabat bukan sahaja keuntungan diakhirat berupa jannah. Dan tentulah iatu yang paling utama dan paling baik berbanding selainnya. Pun begitu Allah tidak mensia-siakan kehidupan mereka di atas dunia.
Majoriti sahabat Nabi itu Allah rezekikan kepada mereka harta dan nikmat yang tidak sedikit. Benar firman Allah dalam hadith qudsi maksudnya,
“Hai anak Adam! Tekunlah kamu beribadat kepada-Ku, nescaya aku akan penuhkan hatimu dengan kekayaan dan akan aku hilangkan kefakiranmu. Tetapi jika kamu tidak melakukannya, nescaya akan aku penuhkan tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak akan hilangkan kefakiranmu.” (HR Tirmizi dan Ibnu Majah : Sahih menurut Albani)